dulu ketika saya masih lagi berada di bangku sekolah , seorang ayah kepada sahabat baik saya pernah bertanya kepada saya ,
" harta apa yang paling bernilai dalam dunia ? "
agak pening dengan soalan itu , maka terpancullah jawapan " akal "
kemudian saya senyap . beliau mengatakan bahawa jawapan itu betul tetapi tidak tepat . maka saya bertanya apakah jawapannya ? beliua berkata ,
" harta yang paling berharga di dalam dunia ini ialah KESIHATAN "
saya mahu penjelasan lanjut . walhal dalam hati saya mengatakan tidak mungkin kesihatan yang paling berharga selain daripada akal . beliau menjelaskan bahawa kesihatan merupakan satu harta yang berharga kerana dengan kesihatan tubuh badan , kita dapat membuat pekerjaan .
sekiranya kita sakit , sebagai contoh mengalami demam selsema , walau dihidangkan ayam KFC *mungkin sangat lazat bagi sesetengah orang* , namun oleh kerana deria rasa hilang , maka dia tidak dapat menikmati hidangan itu juga . orang yang badannya mengalami kesakitan sama ada penyakit atau pun kemalangan , dia juga tidak dapat melakukan pergerakan dengan betul .
jadi , apakah yang mahu saya kaitkan di sini ? saya mendapat pelbagai komen dari rakan bahawa Jus Monavie ini mahal . saya berfikir sejenak . apakah jus ini lebih mahal dari kesihatan kita ? cuba kaitkan cerita saya di atas . kesihatan adalah harta yang paling berharga . maka , adakah kita hanya melabur 'saham' yang sedikit untuk mendapatkan keuntungan yang lebih ? MLM mungkin boleh . *tersengih sindir*
jadi , pendapat saya melabur untuk kesihatan bukan sesuatu yang rugi . cuba kita lihat barangan yang dijual di kedai-kedai . kebanyakan barang yang mempunyai nilai Ringgit Malaysia yang tinggi biasanya mempunyai kualiti yang tinggi juga . kita sedia tahu , sebagai contoh pakaian , Levi's dan B.U.M untuk pakaian , Bonia untuk barangan Wanita , barangan elektronik seperti Samsung , beras Basmathi dan sebagainya . nah , bila terbayang sahaja nama-nama itu kita ketahui bahawa barangan itu bukan calang-calang kualitinya dan tidak dijual di kedai borong.
okey , sekarang kita kaitkan dengan Jus Monavie . anda sudah fahamkan maksud saya ? saya pelik bila ada sesetengah orang rela membeli supplement dengan harga yang murah , padahal kita tidak tahu kandungan di dalam makanan/minuman tersebut . sudah banyak barangan murah seperti ini saya jumpa , namun hasilnya sangat mendukacitakan .
pakcik saya telah membeli sejenis kopi yang katanya mempunyai pelbagai khasiat dengan harga murah . hasilnya ? pakcik saya pitam dan masuk hospital . kemudian saya memperkenalkan jus ini dan anak beliau (sepupu saya) terus membeli tanpa banyak bicara setelah membaca label jus itu dan juga melihat kepada perubahan diri saya *alhamdulillah*
banyak betul saya menulis pada kali ini . kita berjumpa pada lain masa . sekian .
nota kaki : sihat sebelum sakit , hidup sebelum mati .
No comments:
Post a Comment