Monday, February 28, 2011

kesihatan adalah sesuatu yang MAHAL !

Bismillah . ALLAH maha Pemurah lagi maha Penyayang .

dulu ketika saya masih lagi berada di bangku sekolah , seorang ayah kepada sahabat baik saya pernah bertanya kepada saya ,

" harta apa yang paling bernilai dalam dunia ? "

agak pening dengan soalan itu , maka terpancullah jawapan " akal "

kemudian saya senyap . beliau mengatakan bahawa jawapan itu betul tetapi tidak tepat . maka saya bertanya apakah jawapannya ? beliua berkata ,

" harta yang paling berharga di dalam dunia ini ialah KESIHATAN "

saya mahu penjelasan lanjut . walhal dalam hati saya mengatakan tidak mungkin kesihatan yang paling berharga selain daripada akal . beliau menjelaskan bahawa kesihatan merupakan satu harta yang berharga kerana dengan kesihatan tubuh badan , kita dapat membuat pekerjaan .

sekiranya kita sakit , sebagai contoh mengalami demam selsema , walau dihidangkan ayam KFC *mungkin sangat lazat bagi sesetengah orang* , namun oleh kerana deria rasa hilang , maka dia tidak dapat menikmati hidangan itu juga . orang yang badannya mengalami kesakitan sama ada penyakit atau pun kemalangan , dia juga tidak dapat melakukan pergerakan dengan betul .

jadi , apakah yang mahu saya kaitkan di sini ? saya mendapat pelbagai komen dari rakan bahawa Jus Monavie ini mahal . saya berfikir sejenak . apakah jus ini lebih mahal dari kesihatan kita ? cuba kaitkan cerita saya di atas . kesihatan adalah harta yang paling berharga . maka , adakah kita hanya melabur 'saham' yang sedikit untuk mendapatkan keuntungan yang lebih ? MLM mungkin boleh . *tersengih sindir*

jadi , pendapat saya melabur untuk kesihatan bukan sesuatu yang rugi . cuba kita lihat barangan yang dijual di kedai-kedai . kebanyakan barang yang mempunyai nilai Ringgit Malaysia yang tinggi biasanya mempunyai kualiti yang tinggi juga . kita sedia tahu , sebagai contoh pakaian , Levi's dan B.U.M untuk pakaian , Bonia untuk barangan Wanita , barangan elektronik seperti Samsung , beras Basmathi dan sebagainya . nah , bila terbayang sahaja nama-nama itu kita ketahui bahawa barangan itu bukan calang-calang kualitinya dan tidak dijual di kedai borong.

okey , sekarang kita kaitkan dengan Jus Monavie . anda sudah fahamkan maksud saya ? saya pelik bila ada sesetengah orang rela membeli supplement dengan harga yang murah , padahal kita tidak tahu kandungan di dalam makanan/minuman tersebut . sudah banyak barangan murah seperti ini saya jumpa , namun hasilnya sangat mendukacitakan .

pakcik saya telah membeli sejenis kopi yang katanya mempunyai pelbagai khasiat dengan harga murah . hasilnya ? pakcik saya pitam dan masuk hospital . kemudian saya memperkenalkan jus ini dan anak beliau (sepupu saya) terus membeli tanpa banyak bicara setelah membaca label jus itu dan juga melihat kepada perubahan diri saya *alhamdulillah*

banyak betul saya menulis pada kali ini . kita berjumpa pada lain masa . sekian .

nota kaki : sihat sebelum sakit , hidup sebelum mati .

Sunday, February 27, 2011

bismillah . blog baru di rasmikan .

Bismillah ~ ALLAH maha Pemurah Lagi maha Penyayang .

alhamdulillah , saya sudah berjaya membuka satu lagi blog khas untuk memperkenalkan Jus Monavie kepada dunia luar melalui kemudahan internet . sebelum ini saya sudah mempunyai blog peribadi di bawah akaun yang sama . namun pada pandangan saya , eloklah saya mengadakan satu blog khas dan serius . berikut merupakan link entry pertama pandangan saya mengenai Jus Monavie : sila klik sini .

namun penggunaan bahasa dalam blog picisan saya tidak elok jika pihak luar membacanya . ya , saya serius mengenai penggunaan Jus Monavie ini . setakat ini saya sudah membeli lima botol untuk kesihatan yang berterusan.

apa yang perlu diketahu dalam Jus Monavie ini akan saya terangkan satu demi satu dalam blog ini . namun sehingga itu , sila lihat perubahan saya setelah mengambil Jus Monavie ini . saya bukan hanya bercakap kosong semata .

Gambar ini merupakan gamba pada hari raya tahun 2010 . maaf , sila abaikan posing gamba yang tidak sopan itu .

Gambar ini pula ketika awal bulan pengambilan Jus Monavie


anda pasti tertanya-tanya bagaimana keadaan muka saya sekarang . alhamdulillah , muka saya bertambah baik dan saya tidak lagi berasa malu bergambar berbanding dengan keadaan muka dengan penuh jerawat sebelum ini.



berjaya mengurangkan pertumbuhan jerawat . masih ada sedikit parut jerawat .

hasilnya ? alhamdulillah ~

nota kaki : kesihatan adalah harta yang paling berharga . maka kesihatan bukan sesuatu yang murah . fikirkan lah .